Monday, October 8, 2018

6 Kesalahan Mencuci Muka!



Benda yang kita ambil remeh, itulah punca masalah jerawat tidak sembuh. Salah satu puncanya kerasa salah penjagaan asas kulit muka iaitu mencuci muka. Info ni sangat bermanfaat untuk kamu betulkan mana yang silap.

X KESALAHAN 1 : CUCI MUKA DENGAN KERAP
Cuci muka cukup 2 – 3 kali sehari sahaja. Ada 2 sebab kenapa kita tidak boleh cuci muka terlalu kerap..
1.       Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci
2.       Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat.

X KESALAHAN 2 : GOSOK MUKA DENGAN KUAT DAN LAMA
Taulah geram sangat dengan jerawat tu tapi tidak perlulah sental kulit muka tu terlalu kuat dan lama. Dia bukan periuk belanga. Cukup untuk 10 – 30 saat jak. Kamu boleh buat urutan secara membulat dari bahagian bawah ke atas. Cara ni bantu aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan. Elakkan urutan kebawah, mau muka awet muda kan? J

X KESALAHAN 3: TIDAK FOKUS PADA ZON T
Zon T merangkumi bahagian dahi, hidung dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi naik jerawat sebab minyak paling banyak dibahagian ni. Jadi tumpukan lebih perhatian kepada zon T semasa cuci muka supaya dapat hilangkan sisa minyak berlebihan

X KESALAHAN 4 : MAKEUP TAPI GUNA MAKEUP REMOVER
Guna makeup remover untuk buang makeup. Makeup remover sangat penting kalau tidak, makeup tidak dapat dibersihkan speenuhnyam pori pun tersumbat dan terjadinya jerawat. Mencuci muka guna pencuci muka jak tidak cukup untuk bersihkan makeup kita ya!

X KESALAHAN 5 : DAP BUKAN GOSOK
Dah selesai cuci, lap dengan cara dap bukan digosok muka dengan tuala. Gosok muka dengan tuala buat kita rasa selesa, tapi sebenarnya buatkan tahap elastic kulit menurun dan kulit jadi kendur. Paling penting asingkan tuala mandi dan tuala muka!

X KESALAHAN 6 : CUCI MUKA GUNA SHOWER
Bila kita cuci muka guna air shower, jangan gunakan tangan untuk gosok kulit muka. Tekanannya tidak sama. Biar saja air mengalir di muka. Mau lagi mudah, cuci muka disinki J


Banyak buat silap? Sama-sama kita betulkan ya J



No comments:

Post a Comment