Mommy to be out there boleh check out list di bawah apa keperluan persediaan untuk mommy yang bakal melahirkan. Ini yang saya selalunya sediakan sebelum bersalin.
1. Kain batik/ Seluar yang longgar
Oke yang ni depends dengan seseorang tu.. kalau saya memang refer kain batik.. senang mo begerak dan rasa nda rimas sangat.
2. Stokin
Stokin ni sediakan secukupnya kalau boleh satu hari 1 atau 2 pasang sehari. Cuba amalkan pakai stokin sepanjang 44 hari berpantang. Stokin elakkan kita dari masuk angin.. Angin senang masuk dari kaki kita.
3. Baju sejuk atau baju lengan panjang.
Selalunya baju lengan panjang saya pakai waktu siang dan malam pakai baju sejuk.. biar lah nda sejuk yang penting pakai untuk tutup badan supaya nda masuk angin.. kalau sudah masuk angin adoii sakit badan tu tuhan saja tau!
4. Bengkung
Ini bagi saya wajib. Ada setengah orang tidakmau pakai. Tapi kalau mau perut cantik cepat kempis, jangan lupa pakai bengkung setiap hari.. Kena rajin.. bengkung ni pun ada 2 jenis.. saya pakai dua-dua.. ada pelekat sama bertali-tali tradisional tu.. kalau berpantang sendiri paling senang pakai yang ada pelekat tu.. yang bertali pun oke juga.. bila hari-hari pakai rasa senang juga mo pasang sendiri.
5. Minyak Panas dan krim barut
Minyak panas antara yang paling wajib ada... tidak kisah la jenama apa tapi yang penting panas. Lepas bersalin kita akan rasa lenguh-lenguh seluruh badan. Lepas sapu minyak panas, insyaAllah banyak membantu hilangkan lenguh-lenguh ni..Trust me! Krim barut pula saya pakai sebelum pakai bengkung. Sekarang ni ada banyak jenama krim barut jadi pilih mana yang kamu rasa oke semestinya mesti ada kelulusan KKM oke.. jadi sapukan krim barut ni sebelum kamu pakai bengkung.. supaya perut cepat kempis.
6. Set berpantang
Yang ni tidak kira la apa jenis set berpantang kamu prefer. Tapi pasti kan cukup vitamin yang diperlukan selepas bersalin. Macam saya sudah tentu pilih Set Berpantang Shaklee.. sebab dalam set tu memang sudah cukup untuk tambah vitamin dalam badan selepas bersalin. No worries.
7. Pad
Bole saja guna pad biasa. Overnight pun oke.. kalau darah lepas bersalin tu banyak, kerapkan tukar ya. Takut bakteria yang tidak diingini membiak! Nanti dapat sakit lain pula
No comments:
Post a Comment