HEALTHY HOME

Get Clean Basic H Organic Super Cleaning Concentrate

Pencuci Serbaguna dari Shaklee - Basic H

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
(473ml)

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!

Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah

Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.

Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.

Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.

Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.

Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.

Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah

  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)

Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi:
1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Periuk belanga:
1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam

Tingkap dan cermin:
1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Lantai:
1 sudu besar + 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi:
1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam

Tahukah Anda?

Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.

Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.

Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.

Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain

Keunikan Shaklee

1. Selamat

  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

2. Berkesan

  • Amat berkesan menanggalkan minyak.
  • Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.

3. Mesra Alam

  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


Get Clean Dish Wash Concentrate Shaklee

Pencuci Pinggan dari Shaklee - Dish Wash Concentrate

Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan
(473ml)

Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?

Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.

Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee

1. Selamat

  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya

2. Berkesan

  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama

3. Mesra Alam

  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


Get Clean Fresh Laundry Concentrate Shaklee

Pencuci Pakaian dari Shaklee - Fresh Laundry Concentrate

Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih
(2.49kg)

Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.

Tahukah Anda?

Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan.

Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.

Keunikan Shaklee

1. Selamat

  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya

2. Berkesan

  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri

3. Mesra Alam

  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Surfaktan mudah biorosot
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan



Product Info: Get Clean Soft Fabric Concentrate

Pelembut Fabrik dari Shaklee - Soft Fabric

Melembutkan Pakaian
(946ml)

Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan.

Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.

Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian

Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan

Keunikan Shaklee

1. Selamat

  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

2. Berkesan

  • Tidak melunturkan pakaian
  • Tidak menyebabkan kulat

3. Mesra Alam

  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Petua Berguna

Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembutberbanding sebelumnya.

Perbandingan prestasi ini dijalankan pada 20 Jun 2006, dan keputusannya sah hanya untuk produk tertentu yang dipasarkan ketika itu. Semua tanda dagangan adalah hak proprietari pemilik masing-masing.



Herbal Blend Cream membantu masalah berikut:
->Ruam pada kulit bayi
->Eczema
->Gatal-gatal pada kulit akibat gigitan serangga
->Tumit kaki pecah
->Mengelakkan gigitan nyamuk
->Kulit kering (menggantikan losyen)
->Mengelakkan parut campak dan chicken pox
->Mengelakkan stretch mark
->Alergi pada kulit
->Jerawat
->Melecur

Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti:

Sage
Anti-bakteria, mengurangkan bengkak

Horse Chestnut
Bantu masalah eczema dan alergi pada kulit

Yarrow
Bantu sembuhkan luka, selesema, demam

Rosemary
Musuh serangga, nyamuk, ulat, lalat, kumbang

Sudah semestinya:
Mendapat kelulusan KKM
Mempunyai sijil HALAL
Tidak mengandungi PARABEN
Diuji secara KLINIKAL

No comments:

Post a Comment