3 keistimewaan Vitamin C pada wajah
1. Merawat kulit wajah dari kerosakan
sinaran matahari
Vitamin C mempunyai antioksidan kuat yang dapat digunakan
secara langsung di kulit wajah. Tujuannya adalah untuk merawat dan mengatasi
masalah kulit akibat sinaran matahari. Hal ini kerana antioksidan di dalam
vitamin C boleh melawan radikal bebas yang menjadi salah satu penyebab kerosakan
kulit.
2. Mengurangkan
pigmentasi
Menurut kajiam makmal, Vitamin C mampu mengurangkan penghasilan
pingmentasi yang dipanggil sebagai Melanin. Proses penghasilan melanin ini
dipanggil sebagai melanogenesis. Pigmentasi Melanin inilah yang menyebabkan
kulit kita berwarna helap. Dengan pengambilan Vitamin C, ianya membantu mengurangkan
pigmentasi dengan cara merencatkan fungsi enzim tyrosinase di dalam sel
melanocytes. Ini menyebabkan penghasilan Melanin berkurangan dan secara
teorinya menyebablan kulit bertambah cerah.
3. Membantu melawan
penuaan
Penambahan usia menyebabkan pengurangan dalam penghasilan kologen dalam
badan. Dengan mengambil Vitamin C, ianya membantu penghasilan kologen
seterusnya membantu menganjalkan kulit wajah dan mengurangkan kedutan halus
pada wajah.
No comments:
Post a Comment